Aidilfitri | KKM beri pelepasan cuti kepada kakitangan

2022-04-16 0

Kementerian Kesihatan sedang mempertimbangkan kaedah cuti secara berjadual bagi membolehkan warganya mendapat cuti sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata pihaknya akan berbincang mengenai perkara itu sebelum memaklumkan kepada Ketua Setiausaha (KSU) kementerian untuk tindakan lanjut.